Apa itu 'Copywriting'?
Ramai yang bertanya pada saya tentang apakah itu copywriting. Berulang kali juga saya menyatakan perkara yang sama dan masih juga ada yang terkeliru mengenainya.
Majoriti 9/10 jawapan yang saya terima adalah mereka akan menyatakan copywriting adalah sama dengan copyright yakni hakcipta terpelihara.
Sudah pasti ia BUKAN sama sekali.
Copywriting adalah penulisan atau jalan cerita yang direka untuk tujuan pengiklanan. Ia lebih kepada berbentuk persuasif. Persuasif di sini terarah kepada bagaimana pelanggan dipujuk untuk membeli sesuatu produk atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan.
Copywriting wujud dan berlaku di mana sahaja termasuk rangkaian berita, surat khabar, majalah, flyers, pamplet dan sebagainya.
Sebagai contoh, Harian Metro sangat berjaya dalam pemasaran copywriting sehingga surat khabar mereka boleh terjual hampir 1,000,000 pembaca sehari. Rahsianya hampir pasti kepada apa yang terpapar pada tajuk muka hadapannya setiap hari. HEADLINE yang hampir setiap kali memukau pembacanya.
Seorang jurujual juga sering menggunakan pujuk rayunya di dalam pertemuan dengan pelanggan untuk menjual produk. Ini dilakukan dengan lebih mudah apabila situasi yang akan berlaku adalah komunikasi dua hala. Ia juga berlaku dengan penjual produk memang bertentangan mata dengan pelanggan.
Medium pemasaran alam maya juga tidak lari dengan penggunaan copywriting.
Bahkan setiap urusniaga yang lumayan berlaku di alam maya bergantung kepada keberkesanan copywriting yang dilakukan. Bayangkan bagaimana seorang pelanggan boleh membeli sesuatu barangan tanpa perlu bersua dengan penjualnya.
Disebabkan itu copywriting sangat penting bagi mereka yang berniaga menggunakan internet sebagai mediumnya.
Hampir semua medium sosial dan medium jualan di alam maya memerlukan copywriting yang berkesan.
Copywriting yang hebat tidak semestinya berkesan. Copywriting yang berkesan adalah lebih hebat daripada copywriting yang hebat.