Magnet Pelanggan Sejak Azali
Umumnya masyarakat kita sentiasa berkunjung ke hypermarket yang memang sedia ada banyak di kawasan kejiranan kita.
Umumnya juga, kita sedia ketahui terdapat hampir 5000 jenis produk yang ada dijual di dalam sesebuah hypermarket.
Persoalannya, hampir setiap kali kita ke hypermarket, setiap kali itu jugalah kita tidak pernah ambil kisah tentang kesemua barangan yang telah tersusun rapi dan disediakan di situ.
Mengapa pengedar atau pengeluar produk masih suka dan gemar untuk meletakkan barangan mereka di situ?
Mengapa ini masih berlaku walaupun ada kebarangkalian ramai orang mungkin tidak ambil peduli tentang setiap barang yang telah dipamerkan?
Kuasa tetap kuasa, magnet tetap magnet.
Pelanggan tetap akan datang dan membeli setiap dari keperluan mereka seiisi rumah. Walaupun hampir setiap kali mereka datang dan tidak melihat hampir kesemua 5000 produk yang telah diletakkan untuk dijual.
Seorang remaja perempuan yang berusia 19 tahun dan masih belum berkahwin. Kebarangkalian dia untuk pergi membeli sepasang baju bayi hanyalah 0.03% peratus sahaja.
Sebuah hypermarket tidak akan mengaut keuntungan yang maksimum sekiranya hypermarket itu menghadkan lingkungan umur untuk memasukinya.
Begitu juga bagi seorang lelaki yang umurnya 30 tahun, berkahwin dan tidak memakan ikan seumur hidupnya. Lelaki ini dan pasangannya akan mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah untuk mengunjungi sektor menjual ikan di hypermarket walah sesegar mana pun ikan itu.
Oleh itu, sebagai penjual atau pengeluar produk haruslah menilai 'market' terlebih dahulu sebelum melakukan proses marketing.
Ini sangat penting sama ada ia dipasarkan secara online atau offline.
Kejayaan lebih mudah digapai apabila sasaran dan pelanggan kita telah dikenalpasti terlebih dahulu.
Saya tidak membeli dan mengambil kisah tentang produk yang bernama 'Weight Gain'.