5 TIPS Copywriting Untuk 'Budak Baru' (BHG 1)
Di sini saya ingin kongsikan 5 TIPS anda yang baru hendak bermula untuk berjinak-jinak dengan arena copywriting.
TIPS 1:
Jangan 'edit' apabila anda menulis. Anda hanya tumpu sahaja pada penulisan yang anda ingin tulis dan bayangkan pelanggan di hadapan anda dan bercerita tentang produk atau servis anda kepadanya. Jangan biarkan curahan idea anda itu tersekat dengan kesibukan anda untuk meng'edit' penulisan anda.
TIPS 2:
Menulis bertumpu kepada pelanggan anda. Dapatkan gambaran sepenuhnya pelanggan anda sebelum anda menulis untuknya. Kekasih anda akan tersentuh dengan kiriman surat anda setelah anda seorang sahaja yang mengenali dirinya.
TIPS 3:
Menulis setiap hari. Jangan beri peluang skil penulisan anda untuk merundum. Lebih banyak anda menulis lebih baik anda akan menulis.
TIPS 4:
Jangan bergantung kepada penyemak ejaan kerana setiap kali anda menulis, penyemak ejaan ini akan tertinggal mengesan ejaan dan struktur perenggan yang salah.
TIPS 5:
Belajar mencari mentor. Cari sesiapa yang anda boleh jadikan 'role model'. Anda akan menjimatkan masa anda untuk mencari skil penulisan anda di mana anda akan belajar secara tidak langsung pengayaan dan struktur penulisan daripada 'copywriter' yang hebat.