Buat 'Rapport' Dalam Copywriting


Dalam satu seminar sales kita akan diajar untuk membina hubungan dahulu dengan pelanggan. Sebagaimana ia sepatutnya berlaku dalam setiap perjalanan menjual seorang salesman kepada pelanggannya.

Seringkali kita menolak terus barangan yang dijual oleh salesman apabila kita terus diterjah oleh mereka.

Mengapa situasi ini sering berlaku?

Ia berlaku apabila tiada rapport si penjual murahan dengan si pembeli jutawan.

Bayangkan situasi menjual beli barang berlaku di antara si penjual dengan si pembeli yang telah mereka kenal sebagai kawan atau ahli keluarga mereka sendiri. Kelancaran mereka berkongsi sangat berbeza berbanding dengan si pembeli yang mereka tidak kenal.

Di dalam situasi ini, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan bagi membina persamaan kita dengan pelanggan dalam membuat rapport.

Salah satunya adalah teknik 'matching and mirroring'. Kita juga boleh mencari persamaan dengan pelanggan semudah bertanyakan pelanggan itu dari mana asalnya. Sekiranya mereka dari negeri yang sama maka keselesaan itu akan wujud dan membina persamaan kita dengan pelanggan.

Bagaimana pula dalam copywriting?

Perkara yang sama juga patut berlaku di online. Kita sebagai peniaga online seharusnya berusaha untuk membina hubungan dengan pelanggan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, jika kita mensasarkan target audience kita ke negeri Kelantan. Kita boleh membina persamaan dengan memulakan gaya penulisan kita dalam versi dialek Kelantan. Sebagai seorang bakal pelanggan yang berasal dari negeri itu sudah pasti akan lebih tertarik untuk membacanya.

Sebagaimana kata idola saya,
"30% keyakinan pelanggan kita untuk membeli produk yang dijual akan naik jika kita mempunyai rapport dengan pelanggan."
-Brian Tracy

Di dalam dunia sales, kita tidak boleh lari daripada berada di dalam situasi menjual dan membeli. Walaupun ia berlaku secara maya. Maka membuat rapport yang baik dengan pelanggan walaupun di dunia online akan menjadi titik sebab jualan anda akan meningkat.